Sunday 21 August 2011

Program Singgah Sahur Ramadhan 2011 Anjuran (Kelab Proton Pahang) PROSBOC




Ruptar : 21 Ramadhan 1432H/21 Ogos 2011, Penghuni Rumah Penyayang telah menerima kunjungan dari Kelab Proton Pahang ( PROSBOC )dalam program singgah sahur. Rombongan PROSBOC tiba di perkarangan Rumah Penyayang pada jam 4.30 pagi dengan bilangan peserta seramai 50 orang. Mereka semua datang secara berkonvoi dengan menaiki kereta proton saga BLM dan FL dengan jumlah lebih dari 30 buah kereta.Setibanya di Rumah Penyayang, mereka terus ke bilik-bilik anak penyayang dengan mengejut mereka secara beramai-ramai. Seterusnya mereka bersahur bersama-sama sekaligus beramah mesra dengan anak-anak penyayang di dewan makan Rumah Penyayang. Setelah melaksanakan solat subuh secara berjamaah, wakil PROSBAC telah menyampaikan sumbangan duit raya, cenderamata Frame Quran, barang2 makanan seperti beras, gula dan garam dan juga menyumbangkan beberapa kotak barangan seperti sabun mandi,sabun basuh, syampoo, ubat gigi, berus gigi dan lain2..setelah menyampaikan sumbangan mereka bersama anak-anak penyayang bergambar sebagai kenang-kenagan di perkarangan rumah penyayang. mereka semua bertolak pulang pada jam 8.00 pagi dengan lambain terima kasih dari anak2 penyayang.

No comments:

Post a Comment