Tuesday 9 August 2011

Majlis Tilawah Quran & Nasyid Peringkat Kebangsaan, USIM NIlai, N9


Bertarikh 5-9 Jun 2011,Penghuni Rumah Penyayang telah menyertai Majlis Tilawah Quran & Nasyid Peringkat Kebangsaan (MTQN 2011) di Nilai Negeri Sembilan. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai telah menjadi tuan rumah bagi MTQN Kebangsaan bagi tahun 2011. MTQN Kebangsaan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia ( PEYATIM ). MTQN pada tahun ini telah melibatkan semua pertubuhan anak yatim bagi setiap negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Jumlah peserta yang mengikuti MTQN 2011 berjumlah 2500 orang tidak termasuk pengiring.Objektif MTQN ini selain dapat mencungkil bakat-bakat terpendam anak-anak yatim, ia juga telah mengeratkan lagi hubungan Silaturrahim antara anak yatim di seluruh Malaysia. Majlis berakhir dengan jayanya..2 tahun lagi Negeri Pahang telah dipilih bagi menjadi tuan rumah MTQN Kebangsaan 2013..Insya' Allah.

No comments:

Post a Comment