Thursday 18 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Penyayang Bersama Akademi Latihan Kemahiran Pekan


Ruptar : 16-17 Ogos 2011, Akademi Latihan kemahiran Pekan telah mengadakan program anak angkat di Rumah Penyayang selama 2 hari. Program tersebut yang di gabungkan sekali dengan majlis berbuka puasa bersama ibu bapa dan penjaga anak-anak Penyayang sempena dengan Hari Nuzul Quran.Majlis bermula pada jam 2 ptg iaitu pendaftaran ibu bapa penjaga dan pelajar AKLP.Pada jam 5 ptg selepas solat asar diadakan majlis tahlil akbar dan tazkirah ringkas yang di sampakan oleh Al-Fadhil Ustaz Amir, Fellow Rumah Penyayang. kemudian majlis diteruskan dengan majlis penyampaian anak angkat oleh pelajar AKLP.pada sebelah malam selepas habis solat tarawikh, anak2 penyayang ,ibu bapa dan pelajar AKLP menyertai program " Rindu Bersama Ibu" yang di sampaikan oleh Timbalan Komanden jabatan Latihan Khidmat Negara, Drs. Anwar bin Ismail S.ag..Program yang berlangsung selama 2 jam itu telah menggamit rasa sedih dan sayu kerana program yang disampaikan itu sangat2 menyentuh jiwa. Pada hari yang kedua, pelajar AKLP telah mengisi program bersama dengan anak2 penyayang dengan mengadakan games dan LDk yang menarik..Program berakhir pada jam 11 pagi dan pelajar2 AKLP pun bersurai.

No comments:

Post a Comment