Monday 21 November 2011

Wahai lelaki... Wahai Wanita... Di manakah Iman Kita ???

Salam Perpisahan 2011

 Salam Perpisahan Buat Warga Penyayang
Selamat tinggal 2011

Kini, hatiku terguris kesedihan
Ketika terucap salam perpisahan
Walau air mataku tak berlinang
Bukan beerti suatu kerelaan
Saat-saat langkah terhayun
Jarak kita-pun semakin membentang
Akankah semuanya jadi terkenang
Atau hanyut terbawa gelombang
Bahkan mungkin terkubur oleh waktu dan keadaan
Sahabat, dalam hatiku ini
Akan tetap membekas suatu kenangan
Kau sungguh baikn dan komunikatif
Siapapun mengenalmu pasti akan merindu
Namun untukku, janganlah kau biarkan
Aku terkulai lemas dalam kehampaan
Kerana rasa rinduku yang tidak kau harapkan

" Berjumpa semula kita pada tahun 2012 "

Sunday 20 November 2011

Jamuan Akhir Tahun RPTAR 2011


Jamuan Akhir Tahun Ruptar 2011 Slideshow: Rumah’s trip from Kuantan, Pahang, Malaysia to Pekan (near Kuala Rompin) was created by TripAdvisor. See another Kuala Rompin slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Picnic Akhir Tahun Pelajar Putera Di Pantai Teluk Chempedak Kuantan 2011

Picnic Pelajar Putera D Teluk Chempedak Slideshow: Rumah’s trip from Kuantan, Pahang, Malaysia to Pekan (near Kuala Rompin) was created by TripAdvisor. See another Kuala Rompin slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Jamuan Akhir Tahun RPTAR 2011


RPTAR: 18 November 2011 : Warga penyayang telah meraikan jamuan akhir tahun pada malam terakhir sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing2 pada keesokan harinya. Jamuan tersebut bermula pada jam 9 malam  dan berakhir pada jam 12 malam. Jamuan tersebut dimeriahkan dengan tayangan video sepanjang aktiviti mereka pada tahun ini dan penyampaian hadiah kepada pelajar yang meraikan ulangtahun kelahiran pada bulan okt, nov dan disember 2011..Pihak penyayang telah menempah 1000 cucuk satay untuk dijamukan kepada pelajar beserta meehoon goreng dan nasi impit...dan acara kemuncak majlis tersebut ialah tayangan filem melayu pilihan yang memeriahkan majlis tersebut..

Picnic Akhir Tahun Pelajar Putera Di Pantai Teluk Chempedak Kuantan

Gambar kenangan di pantai teluk cempedak selepas bermandi manda

12 November 2011 : 30 Pelajar putera bersama  3 warden telah mengadakan jamuan BBQ akhir di pantai Teluk Chempedak kuantan. Jamuan tersebut dijayakan hasil daripada duit yang telah mereka kumpul pada awal tahun dan sponsor daripada warden mereka. Mereka berangkat pada jam 2 ptg dengan menaiki van rumah penyayang. Mereka sampai pada jam 3 petang di teluk cempedak dalam keadaan ujan lebat, tetapi tidak memathkan semangat mereka utk berpicnic. mereka di bagi tugas masing2 untuk membakar ayam,sotong, ikan dan daging..sebahagian lagi pergi bermain di pantai..menu istimewa adalah mee goreng dan kek..setelah makan mereka bermandi manda beramai-ramai dan pulang pada jam 7 petang..itulah saat paling manis bagi mereka untuk akhir tahun ini..

Friday 7 October 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011

Pelajar Puteri bersalaman dengan Pengetua Rumah Penyayang
Dato' Hajjah Salehah bt Othman
Ruptar: Pada tarikh 14 september 2011, warga penyayang telah meraikan majlis sambutan Aidilfitri 2011 di perkarangan rumah penyayang. Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam itu telah menyajikan makanan2 yang enak di hiasi pula dengan biskut2 raya yang telah di hadiahkan oleh penderma2 budiman pada ramadhan lalu..Majlis diserikan lagi dengan acara cabutan bertuan untuk warga penyayang dan hadirin yang hadir..Majlis bertambah meriah apabila pengetua rumah penyayang, ustazah Salehah datang memeriahkan majlis aidilftri pada tahun ini..majlis berakhir kira2 jam 12 malam..

Sunday 28 August 2011

Selamat Bercuti Buat Anak2 Penyayang dan SALAM AIDILFITRI 1432 H/2011. IKHLAS dari Pihak Pentadbir Rumah Penyayang..SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. BUAT UNCLE MUNIR, USTAZ AMIR, IBU, MA, USTH MARIATI, USTZ AZRUL & USTAZ FATHULLAH : kami anak2 rumah penyayang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan segala salah dan silap kami..kami semua amat menyayangimu..SELAMAT HARI RAYAAAA...

Sunday 21 August 2011

Program Singgah Sahur Ramadhan 2011 Anjuran (Kelab Proton Pahang) PROSBOC




Ruptar : 21 Ramadhan 1432H/21 Ogos 2011, Penghuni Rumah Penyayang telah menerima kunjungan dari Kelab Proton Pahang ( PROSBOC )dalam program singgah sahur. Rombongan PROSBOC tiba di perkarangan Rumah Penyayang pada jam 4.30 pagi dengan bilangan peserta seramai 50 orang. Mereka semua datang secara berkonvoi dengan menaiki kereta proton saga BLM dan FL dengan jumlah lebih dari 30 buah kereta.Setibanya di Rumah Penyayang, mereka terus ke bilik-bilik anak penyayang dengan mengejut mereka secara beramai-ramai. Seterusnya mereka bersahur bersama-sama sekaligus beramah mesra dengan anak-anak penyayang di dewan makan Rumah Penyayang. Setelah melaksanakan solat subuh secara berjamaah, wakil PROSBAC telah menyampaikan sumbangan duit raya, cenderamata Frame Quran, barang2 makanan seperti beras, gula dan garam dan juga menyumbangkan beberapa kotak barangan seperti sabun mandi,sabun basuh, syampoo, ubat gigi, berus gigi dan lain2..setelah menyampaikan sumbangan mereka bersama anak-anak penyayang bergambar sebagai kenang-kenagan di perkarangan rumah penyayang. mereka semua bertolak pulang pada jam 8.00 pagi dengan lambain terima kasih dari anak2 penyayang.

Saturday 20 August 2011

Sumbangan Duit Raya oleh RISDA


Ruptar: 20 Ramadhan 2011, Anak-anak Penyayang telah di jemput hadir ke Majlis Dana Terkumpul Rancangan Tanaman Baru Berkelompok anjuran RISDA yang di lancarkan oleh Dato Sri Mohd Najib bin Haji Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Dewan Konvesyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan Pahang. Anak-anak yatim Penyayang  telah menerima sumbangan duit raya yang di sampaikan oleh Perdana Menteri sendiri. Majlis yang bermula seawal jam 2.00 ptg itu berakhir pada jam 4.30ptg..

Program Mahasiswa Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah bersama Anak-anak Penyayang




Ruptar : 19-20 Ramadhan 1432H/ Ogos 2011, Mahasiswa KIPSAS telah mengadakan program bersama anak-anak penyayang selama 2 hari, program yang diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mahasiswa dan anak yatim. Selain itu mahasiswa KIPSAS mengadakan ceramah motivasi, LDK, Qiamullail dan beberapa Games yang mencabar minda dan menguji ketahanan mental,yang mana program ini berlangsung pada jam 11.30 malam dan berakhir pada jam 1.30pagi. Program ini juga di meriahkan lagi dengan majlis sambutan hari lahir bagi anak2 penyayang dan mahasiswa kipsas yang lahir pada bulan 7, 8 & 9. Mereka di jamukan dengan pulut kuning beserta rendang daging dan penyampaian hadiah kepada yang menyambut hari lahir. Program berakhir pada hari sabtu jam 10 pagi dengan majlis menyampaian hadiah dan hamper kepada anak-anak penyayang serta sumbangan cenderamata kepada pihak pengurusan Rumah Penyayang...

Thursday 18 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Di Restaurant CRK Tomyam SeaFood, Pekan


Ruptar : 17 Ramadhan 1432 H/ 17 Ogos 2011, warga Rumah Penyayang telah diundang untuk berbuka puasa di Restaurant CRK Tomyam Seafood di mentiga pekan oleh pemilik restaurant tersebut iaitu En. Nizam. Anak2 penyayang teleh berangkat ke Restaurant tersebut pada jam 6 ptg dengan menaiki Van Penyayang. Mereka berbuka dengan kueh-mueh dan selepas solat magrib mereka di sajikan dengan makanan2 seafood yang menyelerakan. selepas selesai menjamu selera, pemilik restaurant tersebut telah menyampaikan sumbangan cenderahati dan duit raya beserta 2 biji hamper kepada anak2 penyayang. Warga Penyayang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik Restauran CRK kerana sudi menjemput warga penyang berbuka puasa bersama mereka, majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan seterusnya bersurai pada jam 9 malam.

Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Penyayang Bersama Akademi Latihan Kemahiran Pekan


Ruptar : 16-17 Ogos 2011, Akademi Latihan kemahiran Pekan telah mengadakan program anak angkat di Rumah Penyayang selama 2 hari. Program tersebut yang di gabungkan sekali dengan majlis berbuka puasa bersama ibu bapa dan penjaga anak-anak Penyayang sempena dengan Hari Nuzul Quran.Majlis bermula pada jam 2 ptg iaitu pendaftaran ibu bapa penjaga dan pelajar AKLP.Pada jam 5 ptg selepas solat asar diadakan majlis tahlil akbar dan tazkirah ringkas yang di sampakan oleh Al-Fadhil Ustaz Amir, Fellow Rumah Penyayang. kemudian majlis diteruskan dengan majlis penyampaian anak angkat oleh pelajar AKLP.pada sebelah malam selepas habis solat tarawikh, anak2 penyayang ,ibu bapa dan pelajar AKLP menyertai program " Rindu Bersama Ibu" yang di sampaikan oleh Timbalan Komanden jabatan Latihan Khidmat Negara, Drs. Anwar bin Ismail S.ag..Program yang berlangsung selama 2 jam itu telah menggamit rasa sedih dan sayu kerana program yang disampaikan itu sangat2 menyentuh jiwa. Pada hari yang kedua, pelajar AKLP telah mengisi program bersama dengan anak2 penyayang dengan mengadakan games dan LDk yang menarik..Program berakhir pada jam 11 pagi dan pelajar2 AKLP pun bersurai.

Monday 15 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Penyayang Bersama Rombongan DHAS




Ruptar : 13 Ogos 2011, Warga Rumah penyayang telah menerima rombongan DHAS (DRB Hicom )dalam satu majlis amal & berbuka puasa. Anak2 yatim rumah penyayang menyambut tetamu dengan alunan Selawat beramai-ramai. Majlis bermula pada jam 6.30 ptg yang berlangsung di dewan makan penyayang. Majlis di mulakan dengan ucapan dari Pengerusi Rumah Penyayang, En. Abdul Munir bin Othman, seterusnya ucapan dari Wakil Ketua Pegawai Eksekutif DHAS, Tuan haji Nisbar bin Nasib. Seteerusnya disampaikan sumbangan kepada wakil rumah penyayang oleh ketua pegawai eksekutif DHAS.Majlis diteruskan dengan berbuka puasa, solat mghrib, majlis makan malam, solat isyak dan tarawih, moreh dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan antara anak2 yatim rumah penyayang dengan rombongan DHAS. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.

Tadarus Quran Ramadhan 1432 H/ 2011











Ruptar: pelajar rumah penyayang (gambar) melakukan aktiviti Tadarus Quran antara magrib dan isyak sepanjang bulan ramadhan ini.

Majlis Makan Malam Bersama Artis 2011

Ruptar : 26 Mac 2011, Warga Rumah Penyayang telah diundang menghadiri satu majlis makan malam bersama artis yang di adakan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam itu telah diserikan dengan dendangan lagu oleh artis2 veteran tempatan dan tetamu di jamu dengan makanan yang menyelerakan. majlis berakhir pada jam 12.30 malam.

Thursday 11 August 2011

Pelajar Putera & Puteri Rumah Penyayang Tun Abdul Razak 2011

Rumah Penyayang Tun Abdul Razak pada tahun ini (2011) terdiri daripada 63 orang pelajar, 30 daripadanya adalah pelajar putera dan 33 adalah pelajar puteri. Mereka semua berumur diantara 11 tahun hingga 19 tahun.
Mereka di sekolahkan di 4 buah sekolah di sekitar bandar pekan, 3 sekolah menengah dan 1 sekolah rendah. tiga buah sekolah menengah tersebut adalah : Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Sekolah Menengah kebangsaan Tengku Abdullah, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad.

Wednesday 10 August 2011

Program Khidmat Komuniti Kem PLKN Semarak

RUPTAR: Pada tarikh 06-07-2011, warga ruptar telah menerima rombongan peserta PLKN kem Semarak bagi menjayakan program khidmat komuniti.Sebanyak 5 buah bas PLKN tiba di rumah penyayang seawal 8 pagi dengan jumlah peserta 250 orang. Antara program yang dijayakan pada hari tersebut ialah senaman aerobik peserta PLKn dan Warga Penyayang di dalam dewan serbaguna ruptar, gotong royong perdana membersihkan pagar dan padang,pertandingan mewarna untuk anak2 orang kampung,sukaneka antara peserta plkn dan ankak2 yatim ruptar, melukis mural dan beramah mesra.program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 3 petang telah melakarkan satu pengalaman menggembirakan yang tidak dapat dilupakan oleh warga ruptar dan peserta plkn.

Rumah Penyayang Soccer Kids

Rumah Penyayang Socccer Kids Slideshow: Rumah’s trip to Kuantan, Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuantan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Tuesday 9 August 2011

Majlis Kecemerlangan PMR & SPM 2011




Ruptar 03 April 2011 : Majlis kecemerlangan PMR & SPM 2011 telah diadakan di perkarangan Rumah Penyayang bagi meraikan pelajar-pelajar rumah penyayang yang memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR & SPM 2010. Majlis ini di raikan dengan gilang gemilang dan semua warga ruptar di undang bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pelajar yang cemerlang telah memperolehi hadiah Special dari pihak pengurusan Ruptar. Pelajar di jamu dengan nasi goreng special,pulut rendang ayam kueh muih dan menu special Ayam Bakar. Selain itu pelajar di hiburkan dengan beberapa slide video dan di tontonkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah..Pelajar merasa sangat gumbira pada malam itu dan majlis berakhir pada jam 1 pagi.

Majlis Tilawah Quran & Nasyid Peringkat Kebangsaan, USIM NIlai, N9


Bertarikh 5-9 Jun 2011,Penghuni Rumah Penyayang telah menyertai Majlis Tilawah Quran & Nasyid Peringkat Kebangsaan (MTQN 2011) di Nilai Negeri Sembilan. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai telah menjadi tuan rumah bagi MTQN Kebangsaan bagi tahun 2011. MTQN Kebangsaan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia ( PEYATIM ). MTQN pada tahun ini telah melibatkan semua pertubuhan anak yatim bagi setiap negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Jumlah peserta yang mengikuti MTQN 2011 berjumlah 2500 orang tidak termasuk pengiring.Objektif MTQN ini selain dapat mencungkil bakat-bakat terpendam anak-anak yatim, ia juga telah mengeratkan lagi hubungan Silaturrahim antara anak yatim di seluruh Malaysia. Majlis berakhir dengan jayanya..2 tahun lagi Negeri Pahang telah dipilih bagi menjadi tuan rumah MTQN Kebangsaan 2013..Insya' Allah.

Monday 8 August 2011

Majlis Tilawah Quran & Nasyid Peringkat Negeri Pahang

Persembahan Nasyid wakil dari pelajar putera Rumah Penyayang sempena Majlis Tilawah Quran & Nasyid (p peringkat negeri pahang yang berlangsung pada hari sabtu 26 march 2011 di Masjid Negeri Kuantan. Majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Negeri Pahang (PEKAYA) ini melibatkan semua rumah anak yatim negeri pahang.

Usrah Pelajar Putera 2011

Kump Umar Al-Khattab r.a ( Naqib: Harith. Ahli : Hazmi, Badrul Amin, Izuan, Syed Anas & Abu Hasan )
 

Abu Bakar As-Siddiq r.a ( Naqib : Aliff Naqiuddin. Ahli : Nasri, Hairul Hafiz, Airil, Othman & Haikal )

Utsman Bin Affan r.a ( Naqib : Suffian. Ahli : Ibnu, Shafwan, Aminurrullah, Amirul & Luqmanul Haqeem )

Ali Bin Abi Thalib r.a ( Naqib : Salahuddin. Ahli : Saidi, Hafizi, Badrul Adham, Samsul & Syahrul )

Salahuddin Al-Ayyubi ( Naqib : Ramli. Ahli : Muhammad Nor, Zaini, Rafiqi, Farhan & Azrul )

Bersantai di Pantai Sepat, Kuantan







Kuantan 10 April 2011, Penghuni Rumah Penyanyang, pelajar putera telah menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan bersantai di pantai sepat kuantan, setelah membuat kunjungan mesra di rumah anak yatim permata camar....

Majlis Beramah Mesra & Berbuka Puasa Bersama Warga ELC Uniten Muadzam Shah














Bertarikh 6 Ramadhan 1432 Hijrah bersama 6 ogos 2011, Warga Rumah Penyanyang telah di undang menghadiri majlis beramah mesra & berbuka puasa bersama Mahasiswa Uniten Muadzam Shah, Pahang. Program anjuran English Language Club Mahasiswa Uniten ini telah merangka 1 program bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mahasiswa uniten dan anak2 yatim. Antara rumah anak yatim yang terlibat ialah Rumah Penyanyang Tun Abdul RAzak, Mabiq dan Al-Hidayah. Program yang berlangsung selama satu hari itu telah di isi dengan program yang menarik bagi anak2 yatim antaranya games, team building dan sebagainya, selain itu juga di adakan sumbangan bubur lambuk di bazar ramadhan muadzam shah yang di sampaikan oleh YB Dato, Maznah..