Thursday, 4 August 2011

Sejarah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak

Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di bina pada tahun 2004 dan mula beroperasi pada awal Januari 2005, Rumah Penyayang ini dibina oleh Yayasan Othman dengan kerjasama Yayasan Rahah di tanah seluas 2.8 hektar di kampong ulu parit jalan rompin lama pekan pahang dengan melibatkan kos pembinaan sebanyak 2.5 juta. Di awal pembukaan , kira-kira 100 anak-anak yatim dan miskin telah mendaftar sebagai penghuni rumah penyayang ini. Anak-anak yatim yang berada di kawasan parlimen pekan sahaja yang layak memohon untuk menduduki rumah penyayang ini..
Rumah penyayang ini siap dibina lengkap dengan Fasaliti asrama Antara fasaliti yang terdapat di rumah penyayang ini adalah asrama aspura dan aspuri, dewan serbaguna, surau, dewan makan, bilik telivisyen, pusat sumber dan padang bola.
Anak-anak yatim yang menjadi warga rumah penyayang ini akan di tanggung semua perbelanjaan mereka dari segi pakaian, makanan dan persekolahan. Mereka boleh menetap disini sehingga habis belajar iaitu tingkatan 5@6 atau SPM @STPM. Purata umur pelajar diantara 8 tahun hingga 19 tahun.

No comments:

Post a Comment